PROGRAM MAJU DIRI 2011 (PMD)
Program Maju Diri di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (Orang Asli) agak berbeza dengan PMD di sekolah lain.
Tarikh : 11-13 Jan 2011
Tempat: Dewan Sekolah
Gotong Royong Untuk Menceriakan SKTAR Bersama Ibu Bapa dan Murid Akan Diadakan :
Tarikh : 18 Februari 2009
Masa : 2.00 Petang
Tempat : SKTAR
** Sila Bawa Peralatan Yang Sesuai
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 13 Februari 2009 (Jumaat)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan SKTAR
Perasmian Oleh :
Orang Kaya Maha Bijaya Dato' Haji Aman Shah
bin Mohd Shahar
Orang Besar Daerah Hulu Selangor
**Ibu bapa dijemput hadir
Kami seluruh warga SKTAR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta-peserta merentas desa sekolah di bawah bimbingan Encik Mohd Yusmawi Zainal kerana mencapai pencapaian cemerlang pada peringkat daerah yang telah berlangsung pada 3 Februari 2009. Peserta-peserta lelaki memperoleh johan berkumpulan lelaki manakala peserta perempuan memperoleh naib johan berkumpulan perempuan.
Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan.
Unit ICT dan Data serta seluruh warga SKTAR mengucapkan selamat datang kepada Puan Hamidah bt Hambli, Puan Sarina, Tn Said Sobri serta Puan Jasalizawati dan selamat menjadi warga SKTAR. Puan Hamidah dan Puan Sarina bertugas sebagai guru manakala Tn Said Sobri dan Pn Jasalizawati bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid Asrama.
Unit ICT dan Data juga mengucapkan tahniah pada Puan Noraini bt Ahmad Zainol (Penyelia Asrama) kerana telah terpilih untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasa Ijazah (KPLI). Beliau akan menamatkan tugas di sekolah ini pada 2 Februari 2009. Kami juga mengucapkan selamat bertukar dan bertugas di sekolah baru pada Puan Sarina yang akan mula bertugas di Cheras dan terima kasih atas sumbangan selama sebulan di sekolah ini.

Ucapan GB

Puan Sarina

Puan Hamidah

Puan Noraini (Ain) bersama Pn Fazliana