Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTAR telah turun padang ke Kampung Orang Asli Batu 6 Kerling pada 29 Jun 2009 dalamprogram "kempen kembali ke sekolah". Ini berikutan ramai murid dari kampung tersebut gagal hadir ke sekolah atau kerap kali tidak hadir. Program ini bertujuan untuk bertemu ibu bapa murid bagi menyelami masalah mereka di samping menerangkan betapa pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka. Program ini akan diteruskan ke kampung-kampung lain pada masa akan datang.
PROGRAM MAJU DIRI 2011 (PMD)
Tarikh : 11-13 Jan 2011
Tempat: Dewan Sekolah
Menggosok Pakaian
PROGRAM MAJU DIRI
Taklimat
FOTO GURU SKTAR 2010

Selasa, 30 Jun 2009
Kempen Kembali Ke Sekolah
Hari Terbuka Akademik 1/2009 dan Majlis Penyerahan Duit KWAPM
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2009
Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah merupakan salah satu acara tahunan yang perlu diadakan oleh sekolah. Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu tidak ketinggalan untuk mengadakan aktiviti ini bagi menyahut hasrat Kementerian Pelajaran untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi prestasi akademik dan ko-kurikulum.
2. Mewujudkan sifat kepimpinan dikalangan ahli dalam persatuan.
3. Merapatkan hubungan antara guru dan murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
4. Mendidik murid menggunakan waktu terluang dengan aktiviti yang bermanfaat.
5. Melatih murid hidup berdisplin dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Tarikh Perkhemahan
19-20 Jun 2009
Tempat Perkhemahan
Perkarangan SK Tun ABdul Razak
Penyertaan
50 Orang Murid Tahap Dua
Antara Rakaman Peristiwa Sepanjang Perkhemahan TKRS 2009
Isnin, 8 Jun 2009
Hari Guru SKTAR 2009
Program Masih Ada Yang Sayang Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia
Program Masih Ada Yang Sayang anjuran bersama Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilaksanakan di sekolah ini pada 28 Mei 2009. Selain SKTAR, program ini turut melibatkan JHEOA Hulu Selangor, JHEOA Negeri Selangor dan masyrakat setempat. Antara acara yang dijalankan sepanjang program ialah taklimat dan suai kenal, LDK bersama murid SKTAR, lawatan ke kampung (ramah mesra) dan sukaneka.
Lawatan Tuan Pengarah Pelajaran Selangor ke SKTAR
Pada 15 April 2009 Yang Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Dr Zahri bin A Aziz membuat lawatan mengejut ke SKTAR. Dalam lawatan singkat tersebut beliau, pelbagai pandangan telah beliau utarakan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah ini.