PROGRAM MAJU DIRI 2011 (PMD)

Program Maju Diri di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (Orang Asli) agak berbeza dengan PMD di sekolah lain.

Tarikh : 11-13 Jan 2011
Tempat: Dewan Sekolah

Menggosok Pakaian

PROGRAM MAJU DIRI

PROGRAM MAJU DIRI
Taklimat

FOTO GURU SKTAR 2010

FOTO GURU SKTAR 2010

Isnin, 7 Julai 2008

Kursus Dalaman Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Alam

Kursus Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Alam telah diadakan pada 07 Julai 08 jam dari jam 2.oo hingga 5.15 petang. Ceramah disampaikan oleh Encik Mohd Yusmawi bin Zainal. Kursus disertai oleh guru-guru dan kakitangan sekolah ini. Semua peserta mengambil bahagian secara aktif dan objektif kursus tercapai.




Encik Mohd Yusmawi sedang memberi penerangan kepada peserta kursus

Peserta tekun mendengar penerangan dari penceramah

Aktiviti luar... para peserta kursus sedang mengesan kawasan berbahaya di sekitar kawasan sekolah

Antara tempat bahaya dikenalpasti

Jumaat, 4 Julai 2008

PROGRAM INSAN MAPAN

Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan pelajaran Selangor telah menganjurkan satu program khas untuk murid-murid orang asli peringkat negeri Selangor. Program yang dikenali sebagai Program Insan Mapan atau PISMA itu diadakan pada 27-29 Jun 2008 bertempat di Pusat Latihan Penguasa (PULAPES) Banting, Selangor.
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama murid orang asli serta membuka minda mereka terhadap kemajuan negara pada masa kini.

Pelbagai program menarik telah diatur oleh pihak penganjur seperti sesi ice-breaking, Permainan Patriotik, ceramah motivasi, lawatan ke Bukit Jugra serta Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

SK Tun Abd Razak telah menghantar 10 orang murid sebagai wakil sekolah ke program ini.






Isnin, 30 Jun 2008

HARI TERBUKA AKADEMIK 2008

HARI TERBUKA AKADEMIK 2008


Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (SKTAR) telah mengadakan Hari Terbuka Akademik pada 27 Jun 2008. Hari terbuka ini diadakan sebagai wadah pertemuan antara ibu bapa murid SKTAR dan guru kelas murid masing-masing. Antara aktiviti yang berlangsung ialah majlis perbincangan guru dan ibu bapa murid Tahun Enam yang menyaksikan berlangsungnya dialog antara ibu bapa dan guru untuk meningkatkan prestasi setiap murid sempena UPSR yang bakal berlangsung awal September ini. Selain itu, majlis menandatangani kad kemajuan murid juga diadakan untuk ibubapa murid tahun satu hingga tahun lima.



Menanti giliran penuh sabar...











Puan Salmiah Baharin memerhatikan salah seorang bapa murid tahun dua menandatangani buku rekod kemajuan manakala Seorang bapa mendengar penerangan daripada Encik Mohd Yusmawi.






Selasa, 24 Jun 2008

Minggu Panitia Bahasa Malaysia SKTAR 2008

Minggu Panitia Bahasa Malaysia SKTAR telah dilancarkan dengan jayanya pada 24 Jun 2008 Oleh Puan Hajah Zaharah bt Hj Shaharum, GPK HEM mewakili Guru Besar SKTAR. Program ini berlangsung selama dua minggu. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang program berlangsung, antaranya pertandingan berbalas pantun, membina perkataan, membaca puisi, mencari huruf tersembunyi dan teka silangkata.
Antara objektif program ini adalah untuk memastikan kelestarian penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid orang asli SKTAR. Program ini juga diharap dapat memupuk semangat cintakan Bahasa Malaysia di samping memastikan murid-murid ini dapat berkomunikasi dengan baik dalam situasi formal dan tidak formal dalam kehidupan mereka.



Pelancaran program.

Puan Hajah Zaharah sedang memerhatikan kata-kata perasmian.

Hasil tangan guru-guru SKTAR.

Persembahan Sewang menghangatkan suasana.

Guru pembimbing turut menyanyi bersama.

Murid-murid khusyuk menyaksikan persembahan.

Rabu, 21 Mei 2008

Selamat Pengantin Baru



Pihak AJK ICT dan Data merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Mohd Yusmawi bin Zainal yang telah mendiirikan rumahtangga dengan pasangannya pada 18 Mei 2008 lepas. Semoga Allah memberikan rahmat atas ikatan perkahwinan yang dibina dan moga bahagia sehingga ke akhir hayat.


Kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah juga buat bakal pengantin baru Cik Salmiah bt Baharin yang bakal mendirikan rumah tangga pada 25 Mei 2008. Semoga kalian berdua tabah menghadapi dunia baru dan cabaran alam berumahtangga.

Tahniah dari kami.

Minggu Peperiksaan

Minggu peperiksaan sekolah bermula dari 20 Mei 2008 hingga 23 Mei 2008. Jadual peperiksaan adalah selaras bagi Daerah Hulu Selangor.

Sabtu, 17 Mei 2008

Selamat Datang .. PK1


Jawatankuasa ICT dan Data SKTAR mengucapkan selamat datang kepada Puan Rokiah bt Hasan (Penolong Kanan Satu) yang mula melapor diri di sekolah ini pada Mei 2008. Beliau menggantikan Puan Rohana bt Mokhtar yang bertukar sebagai Penolong Kanan HEM di SK Bukit Beruntung.

Semoga beliau terus berkomitmen dan selamat menjadi warga SKTAR.

Jumaat, 16 Mei 2008

Sambutan Hari Guru SKTAR 2008

"GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG"

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.

Sambutan hari guru peringkat sekolah telah disambut pada 16 Mei 2008. Beberapa acara dilaksanakan sepanjang program tersebut. Antara acara-acara tersebut ialah bacaan perutusan hari guru, bacaan ikrar, nyanyian lagu Guru Malaysia oleh warga guru, sukaneka untuk guru-guru dan beberapa acara dewan.

Majlis bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.oo tengahari. Semua guru terlibat dalam setiap yang dirancang.

Majlis diacarakan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah dan Puan Nolida bt Mohd.

Puan Rokiah bt Hasan (PK1) membacakan pe
rutusan Menteri Pendidikan manakala Tuan Haji Hamihad b Nayan membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Antara Gambar-gambar Sekitar Sambutan
Hari Guru Peringkat Sekolah 2008

Ucapan Guru Besar Puan Azizah bt Hassan
Sempena Sambutan hari Guru Tahun 2008


Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia Oleh
Penolong Kanan Satu Puan Rokiah bt Hassan

Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Oleh
Tuan Haji Hamihad bin Nayan

Ucapan Dari Wakil Murid
Adik Norashima bt Ores

Bacaan Ikrar Guru Diketuai Oleh
Puan Meenambal A/P V.S. Raju (PK Ko-KU)

Guru-Guru Dengan Penuh Semangat Turut Sama Membaca Ikrar

Acara Sukaneka.. Semua Guru Dimestikan Mengambil bahagian

Puan Hajah Kamaliah bt Ibrahim begitu Bersemangat

"Passing Getah Gelang Dengan Straw... "

Guru Bertungkus Lumus.. Manakala Anak Murid Sebagai
Penonton.

Tuan Haji Hamihad.. Memperdengarkan Sebuah Lagu.

Puan Meenambal.. Menyanyikan Lagu Elvis

Duet Antara Guru dan Murid

Acara Bertukar-Tukar Hadiah dan Penyerahan Hadiah Daripada Murid

Pengacara bagi Acara Dewan.. Puan Nolida bt Mohd


Jamuan Murid-Murid DiTaja Oleh Pihak Pembekal Makanan Asrama


Selasa, 29 April 2008

Video Pengurusan HEM 2008

Video Pengurusan HEM sekolah ini telah diterbitkan pada April 2008 untuk menunjukkan aktiviti dan pengurusan HEM di sekolah ini. Unit HEM sekolah ini diterajui oleh Puan Hajah Zaharah bt Hj Saharun selaku PK HEM dan Puan Juhana bt Mahat sebagai setiausaha.

Video ini diharap dapat memberi sedikit sebanyak gambaran Pengurusan HEM di sekolah ini.


Gunakan sekurang-kurangnya 384 kbps untuk paparan

Sabtu, 26 April 2008

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2008

Perkhemahan tahunan sekolah ini telah dijalankan pada 25 dan 26 April 2008 melibatkan 70 orang pelajar dan semua guru di sekolah ini. Perkhemahan yang telah dirancang awal berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan.

Setiausaha program sangat-sangat berterima kasih kepada guru-guru dan staf sokongan kerana memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

Setiausaha.


Gambar-Gambar Sepanjang Aktiviti


Guru Guru Turut Membantu Dalam Pemasangan Khemah

Aktiviti Burung Hantu

AJK Masakan yang diketuai oleh Puan Fazliana bertungkus lumus sepanjang perkhemahan turut dibantu oleh suami guru-guru SKTAR

Murid-murid dibantu guru menyediakan bahan-bahan dalam acara ikhtiar hidup

Mendengar arahan

Menyediakan masakan untuk murid dan guru-guru

Murid dilatih untuk membasuh pinggan mangkuk sendiri

Demontrasi pertolongan cemas oleh Puan Hjh Zaharah an Cik Nurhayati


Setiausaha dan PKK program

Kawad kaki merupakan aktiviti wajib sepanjang kem

Semangat waja murid-murid SKTAR


Senaman pagi

Aktiviti kecergasan di bawah pimpinan Cik Salmiah

Sambutan hari jadi Puan Meenambal turut disambut oleh guru-guru dan peserta

Kumpulan dan individu terbaik menerima hadiah masing-masing

Bergambar kenang-kenangan sebelum bersurai

Berkemas dan balik ke rumah masing-masing

Selamat Bertugas DI SKTAR


Jawatankuasa ICT dan keseluruhan warga SKTAR mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di sekolah ini kepada Puan Nolida bt Mohd. Puan Nolida mula bertugas di sekolah ini pada pertengahan April 2008 dan merupakan penempatan pertama bagi beliau.


Semoga Puan Nolida sentiasa cekal dan ceria selama menjadi warga sekolah ini.

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SKTAR 2008

Perkhemahan Tahunan Unit Berunifor Sekolah akan diadakan seperti berikut:

Terikh : 25 dan 26 April
Tempat : Perkarangan Sekolah Kebangsaaan Tun Abdul Razak
Perasmian Penutupan :
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak

Isnin, 3 Mac 2008

Pusat Akses SKTAR

Kerja-kerja penceriaan Pusat Akses SK Tun Abdul Razak sedang giat dijalankan oleh rakan-rakan AJK dan guru-guru SKTAR. Pemilihan tema "Pusat Akses Ceria Minda Terbuka" diharap menjadikan pusat akses sekolah ini sentiasa ceria dan menimbulkan minat murid untuk menggunakan pusat akses ini untuk mengakses bahan-bahan daripada internet. Kerja-kerja penceriaan diketuai oleh Puan Fazliana.

Jumaat, 4 Januari 2008

Kemaskini Maklumat Sekolah Di Portal Daerah

Rakan-rakan penyelaras makmal dan guru ict sekolah. Tuan Sayed JU ICT Kebangsaan meminta rakan-rakan semua melayari web http://www.huluselangor.info untuk mengemaskini maklumat sekolah masing-masing.

Bagi rakan-rakan yang terbaca artikel ini sila sebarkan atau e-mailkan kepada rakan-rakan penyelaras.

Sekian.