PROGRAM MAJU DIRI 2011 (PMD)

Program Maju Diri di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (Orang Asli) agak berbeza dengan PMD di sekolah lain.

Tarikh : 11-13 Jan 2011
Tempat: Dewan Sekolah

Menggosok Pakaian

PROGRAM MAJU DIRI

PROGRAM MAJU DIRI
Taklimat

FOTO GURU SKTAR 2010

FOTO GURU SKTAR 2010

Isnin, 8 Jun 2009

Program Masih Ada Yang Sayang Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Masih Ada Yang Sayang anjuran bersama Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilaksanakan di sekolah ini pada 28 Mei 2009. Selain SKTAR, program ini turut melibatkan JHEOA Hulu Selangor, JHEOA Negeri Selangor dan masyrakat setempat. Antara acara yang dijalankan sepanjang program ialah taklimat dan suai kenal, LDK bersama murid SKTAR, lawatan ke kampung (ramah mesra) dan sukaneka.



************

Antara gambar-gambar menarik sepanjang lawatan / program


















Lawatan Tuan Pengarah Pelajaran Selangor ke SKTAR

Pada 15 April 2009 Yang Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Dr Zahri bin A Aziz membuat lawatan mengejut ke SKTAR. Dalam lawatan singkat tersebut beliau, pelbagai pandangan telah beliau utarakan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah ini. 








LADAP - SKTAR dan UM 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
Anjuran Bersama SKTAR dan Universiti Malaya (UM)
Tarikh : 18 April 2009
Tempat : Serendah Golf Resort

*****

Antara Aktiviti Yang Dijalankan



Aktiviti Kumpulan 

Puan Penceramah 

LDK

Sebut dan ikut ...

Persembahan Kumpulan (makro teaching)

Penyampain Cenderamata

Khamis, 26 Mac 2009

ENGLISH WEEK OPENING





Pada hari Isnin lalu bersamaan 23 Mac 2009 di Dataran Kejat SKTAR berlangsung pelancaran Minggu Bahasa Iggeris yang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan SKTAR, Puan Rokiah binti Hassan. Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh kesemua guru-guru SKTAR dan keseluruhan murid SKTAR.

Antara Aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu Bahsasa Inggeris tersebut bakal diisi oleh kesemua murid dari tahun satu hingga enam seperti: Smart Writing, Crossword, Poyem, Nyanyian dan kuiz.

Diharapkan agar kesemua murid SK Tun Abdul Razak dapat mengaplikasi penggunaan Bahasa Inggeris sepanjang minggu ini dan seterusnya.

Selasa, 17 Februari 2009

Gotong Royong Keceriaan SKTAR

Gotong Royong Untuk Menceriakan SKTAR Bersama Ibu Bapa dan Murid Akan Diadakan :

Tarikh : 18 Februari 2009
Masa : 2.00 Petang
Tempat : SKTAR

** Sila Bawa Peralatan Yang Sesuai

Rabu, 4 Februari 2009

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak akan diadakan seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 13 Februari 2009 (Jumaat)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan SKTAR
Perasmian Oleh :
Orang Kaya Maha Bijaya Dato' Haji Aman Shah
bin Mohd Shahar
Orang Besar Daerah Hulu Selangor


**Ibu bapa dijemput hadir


Tahniah Pasukan Merentas Desa SKTAR

Kami seluruh warga SKTAR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta-peserta merentas desa sekolah di bawah bimbingan Encik Mohd Yusmawi Zainal kerana mencapai pencapaian cemerlang pada peringkat daerah yang telah berlangsung pada 3 Februari 2009. Peserta-peserta lelaki memperoleh johan berkumpulan lelaki manakala peserta perempuan memperoleh naib johan berkumpulan perempuan.

Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan.

Selamat Datang dan Selamat Berpisah



Unit ICT dan Data serta seluruh warga SKTAR mengucapkan selamat datang kepada Puan Hamidah bt Hambli, Puan Sarina, Tn Said Sobri serta Puan Jasalizawati dan selamat menjadi warga SKTAR. Puan Hamidah dan Puan Sarina bertugas sebagai guru manakala Tn Said Sobri dan Pn Jasalizawati bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid Asrama.

Unit ICT dan Data juga mengucapkan tahniah pada Puan Noraini bt Ahmad Zainol (Penyelia Asrama) kerana telah terpilih untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasa Ijazah (KPLI). Beliau akan menamatkan tugas di sekolah ini pada 2 Februari 2009. Kami juga mengucapkan selamat bertukar dan bertugas di sekolah baru pada Puan Sarina yang akan mula bertugas di Cheras dan terima kasih atas sumbangan selama sebulan di sekolah ini.

Ucapan GB

Puan Sarina

Puan Hamidah

Puan Noraini (Ain) bersama Pn Fazliana

Jumaat, 23 Januari 2009

Kejohanan Merentas Desa SKTAR Tahun 2009


Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah berlangsung pada 23 Januari 2009 melibatkan murid-murid tahap dua sekolah ini. Seramai dua puluh orang murid lelaki dan perempuan telah dipilih sebagai pemenang. Mereka yang mencatat masa terbaik akan dipilih mewakili sekolah ke peringkat daerah.
















Selasa, 6 Januari 2009

EDUWEBTV.COM - SKTAR

Rabu, 10 Disember 2008

2008 DALAM KENANGAN


Dari hadapan kiri : Puan Meenambal (PK Ko-Ku), Pn Hjh Zaharah (PK HEM), Puan Rokiah (PK 1), Puan Azizah (Guru Besar), Tn Hj Hamihad, Us Bakhtiar, En Yusmawi, Us Ab Aziz
Dari Belakang Kiri : En Sahrin, Pn Jashiah, Pn Juhana, Pn Salmiah, Pn Siti Khadijah, Pn Hashima, Cik Nurhayati, Pn Nuraini, Puan Fazliana, Cik Norhazliza, Tn Syed Ariff (Abg Nan).
Tiada Dalam Gambar : Pn Sharom Be Bee dan Pn Hjh Kamaliah

(Gambar bersaiz besar dan sesuai untuk cetakan atau print di kedai gambar)

Selasa, 9 Disember 2008

Hari Kecemerlangan 2008

Hari Kecemerlangan Murid 2008 Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak telah diadakan pada 13 November 2008 (Khamis). Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mior Adam bin Hasim Pegawai JHEOA Kuala Kubu Bharu.

Hari Kecemerlangan Murid diadakan bertujuan untuk menghargai kecemerlangan murid-murid sepanjang tahun 2008 di samping memberi galakkan kepada mereka untuk terus berusaha demi merealisasikan visi sekolah melahirkan pelajar yang cemerlang.

Apa yang menarik pada hari tersebut juga merupakan hari keputusan rasmi UPSR diumumkan. Majlis tersebut menjadi lebih bermakna apbila keputusan UPSR sekolah ini meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun yang lepas dan bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Melayu Pemahaman sekolah ini mendapat keputusan 100 %. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya, juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak SKTAR tanpa mengira masa dan tanpa rasa jemu, juga kepada seluruh warga SKTAR.

Ucapan Perasmian Oleh Tuan Haji Mior Adam bin Hasim


Ucapan Alu-Aluan Oleh Puan Rokiah bt Hassan (PK Pentadbiran)


Para Tetamu dan Ibubapa murid


Keputusan Rasmi UPSR SKTAR di Umumkan Oleh
Puan Hajah Zaharah bt Saharun PK Hal Ehwal Murid



Tokoh Murid 2008 Adik Noroshima bt Ores Bergambar kenangan Bersama
Puan Rokiah (PK1 SKTAR), Encik Rudin(Peg. JHEOA) dan Encik Ores (Bapa)



Tuan Haji Mior Menyampaikan Hadiah Kepada Salah Seorang Murid SKTAR


Antara Murid Yang Cemerlang


Persembahan Murid SKTAR

Ahad, 2 November 2008

Festival Sukan Sekolah-Sekolah Asli Kebangsaan 2008

SKTAR akan menghantar pasukan sepak takraw sekolah menyertai Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan mewakili negeri Selangor pada 5 hingga 8 November 2008. Dua pemain bola baling SKTAR juga akan turut membantu pasukan Bola Baling Selangor di festival tersebut. Kontinjen sekolah akan diketuai oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah selaku guru pengiring dan juga penolong jurulatih pasukan sepak takraw negeri.

Kami warga SKTAR berharap kontinjen Selangor akan memperoleh kedudukan teratas dalam festival tersebut.

Tahniah dan kekalkan semangat di peringkat kebangsaan.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Orang Asli Negeri Selangor 2008

SK Tun Razak menyertai Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Murid Orang Asli Negeri Selangor pada 21 dan 22 Oktober 2008 di Bagan Lalang, Sepang. Acara yang disertai dalam festival tersebut ialah takraw, bola baling perempuan dan lontar peluru lelaki.

Bagi acara bola baling perempuan, SKTAR mendapat tempat yang kedua manakala bagi acara takraw dan lontar peluru masing-masing mendapat tempat ketiga.






Pasukan Sepak Takraw


Pasukan Bola Baling SKTAR

Sabtu, 18 Oktober 2008

Festival Sukan Sekolah-Sekolah Orang Asli Negeri Selangor 2008




SKTAR akan menyertainya Festival Sukan Sekolah-Sekolah Orang Asli Negeri Selangor mewakili Daerah Hulu Selangor pada 21 dan 22 Oktober 2008. Festival tersebut akan diadakan di sekitar Daerah Sepang. SKTAR mengambil bahagian dalam acara lompat jauh lelaki dan perempuan, lontar peluru lelaki dan
perempuan, bola baling perempuan dan sepak takraw. Kami warga SKTAR sangat-sangat berharap dengan latihan yang giat dijalankan, murid-murid sekolah ini akan menempa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah.


Program Ihya' Ramadhan 1429H / 2008M

SK Tun Abdul Razak tidak ketinggalan mengadakan Program Ihya' Ramadhan walaupun jumlah murid Islam di sekolah ini hanya sekitar 25 peraatus sahaja daripada jumlah keseluruhan murid. Guru-guru, murid-murid dan semua pekerja bekerjasama dalam menjayakan setiap program yang dirancang.