PROGRAM MAJU DIRI 2011 (PMD)

Program Maju Diri di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (Orang Asli) agak berbeza dengan PMD di sekolah lain.

Tarikh : 11-13 Jan 2011
Tempat: Dewan Sekolah

Menggosok Pakaian

PROGRAM MAJU DIRI

PROGRAM MAJU DIRI
Taklimat

FOTO GURU SKTAR 2010

FOTO GURU SKTAR 2010

Jumaat, 21 Disember 2007

Pemilihan Skuad Siber 2008

Pemilihan Skuad Siber untuk sesi persekolahan 2008 perlu dilakukan seawal bulan pertama persekolahan. Pemilihan skuad siber juga seperti pemilihan pengawas sekolah ataupun pengawas pusat sumber dan memerukan surat perlantikan rasmi.

Pihak jawatankuasa makmal / ict 2008 perlu memilih di kalangan murid yang mempunyai serba sedikit pengetahuan ICT.

Sabtu, 8 Disember 2007

Selamat Bertugas di Tempat Baru


Puan Laila bt Zakaria salah seorang jawatankuasa makmal dan ict sekolah akan berpindah ke Melaka mulai 01 Januari 2008. Kami AJK Makmal Komputer SKTAR mengucapkan selamat berpindah ke Melaka dan semoga tempat baru akan menimbulkan lagi semangat baru dalam mendidik anak watan.

Jasa Puan Laila khusunya dalam pengurusan dan keceriaan makmal komputer SKTAR sangat besar dan merupakan AJK sejak tahun 2004 lagi. Hasil tangannya akan terus dapat dilihat di makmal sekolah ini.

AJK Makmal SKTAR sesi 2007 juga merakamkan selamat bertugas ke tempat baru kepada En Khairul Abidin bin Yusof yang akan meninggalkan sekolah untuk berkhidmat dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja berkuatkuasa Disember 2007. Kenangan di SKTAR bersama kalian sukar dilupakan.

Terima kasih atas sumbangan anda...semoga Allah membalasnya kelak.

Kursus Aplikasi ICT

Kursus Aplikasi ICT SK Tun Abdul Razak telah berjalan dari 19 November 2007 hingga 21 November 2007 dari jam 800 pagi hingga 400 petang. Kursus ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh JU dalaman yang dilantik oleh PPD.

Puan Fazliana bt Ismail selaku ketua JU dan penyelaras kursus dibantu bersama oleh En Mohd Yusmawi bin Zainal dan Mohd Bakhtiar bin Matal berjaya mengendalikan kursus dengan sempurna. Semua mod dan modul dapat dijelaskan kepada peserta dalam tempoh yang ditetapkan.

Peserta-peserta kursus terdiri daripada :

1. Puan Hajah Zaharah bt Haji Shaharun
2. Puan Meenambal a/p VS Raju
3. Puan Fadilah bt Ali Badri
4. Puan Juhana bt Mahat
5. Puan Hajah Kamaliah bt Ibrahim
6. Puan Siti Khadijah bt Abd Aziz
7. Cik Salmiah bt Baharin
8. Cik Siti Norhazliza bt Mohamad
9. Puan Noraini bt Ahmad Zainol
10. En. Khairul Abidin bin Yusof

Pihak urusetia berharap agar input-input yang diterima dalam kursus ini dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam P&P.

Ahad, 16 September 2007

Kursus Dalaman ICT

Kursus ICT Guru-Guru Dalaman perlu diadakan di setiap sekolah sebelum tamat sesi persekolah iaitu sebelum pertengahan November 2007.

Pihak PPD telah memilih tiga orang JU Aplikasi ICT bagi sekolah Tun Abdul Razak:

1. Pn. Fazliana bt Ismail
2. En. Mohd Yusmawi bin Zainal
3. Us. Mohd Bakhtiar bin Matal

Antara pengisian kursus ialah

1. Membuat rancangan mengajar berteraskan ICT
2. Mod-Mod pengajaran berteraskan ICT
3. membuat e-mail untuk guru-guru

Pelaporan kursus perlu dihantar ke PPD sebelum tamat sesi persekolahan 2007.
Peruntukan kursus boleh dipohon terus ke KUTV

Rabu, 12 September 2007

Kursus ICT D'Kalumpang



Kursus ICT DI SK Kalumpang

11 dan 12 September 2007


Selasa, 11 September 2007

Kursus ICT SK Kalumpang

Kursus JU Aplikasi ICT Daerah Hulu Selangor

Tarikh : 11 dan 12 September 2007
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : SK Kalumpang

Taklimat/ Isi-Isi

1. Sebagai latihan kepada guru-guru ict sekolah.
2. Sebagai pembantu kepada guru yang berkursus ICT di SMK
pada 14 dan 15 Ogos 2007
3. Sebagai gantian kepada kursus BPPT
4. Sebagai pembimbing rakan guru di sekolah dalam perkara berkaitan ict
5. Semua guru di negeri selangor perlu ada e-mail yang bermula dengan kod sekolah
contoh : bba5016_bahtiar@yahoo.com, bba5016_bahtiar@hotmail.com


Manfaat ICT

1. Murid boleh akses maklumat yang sukar diperolehi
2. Murid lebih seronok belajar
3. Murid dapat belajar dengan berkesan dengan bimbingan yang minima
4. Meningkatkan kemahiran ICT murid

Penggunaan ICT yang baik

1. Merancang dengan baik sebelum P&P
2. Menggunakan kurikulum yang bersesuaian dengan pendekatan P&P

**** kursus dalaman akan diadakan di setiap sekolah sebelum November 2007

gpb_bea5061@moe.edu.my

Khamis, 2 Ogos 2007

KURSUS MMS GITN

Kursus MMS GITN telah di adakan di Makmal Komputer SK Bandar Baru Batang Kali pada hari Khamis (26 Julai 2007). Banyak input-input disampaikan dalam kursus sehari tersebut. Pihak sekolah juga turut dibekalkan dengan buku panduan pengurusan MMS serta maklumat mengenai MMS GITN.

Kursus tersebut telah dihadiri oleh Encik Mohd Bakhtiar selaku penyelaras makmal SKTAR.

Antara maklumat-maklumat kursus tersebut :

1. Pihak GITN akan memasang komputer bekalan kerajaan yang bersambung dengan imternet (schoolnet) dengan antivirus kaversky dan melakukan patches pada komputer berkenaan.

2. Komputer-komputer yang tidak mempunyai antivirus berkenaan tidak lagi dibenarkan melayari internet menggunakan rangkaian schoolnet.

3. Segala web yang dilayari menggunakan rangkaian schoolnet adalah dipantau dan laporan dihantar ke kementerian pada setiap bulan.

4. Laman web yang dirasakan tidak penting dan tidak baik untuk pelajar telah disekat daripada dilayari. Bagi guru-buru yang merasakan laman web tersebut penting untuk pendidikan boleh menghubungi pihak GITN untuk kebenaran access. Walaubagaimanapun, kebenaran dari KPM diperlukan terlebih dahulu.

Segala usaha yang dilakukan adalah untuk keselamatan rangkaian dan kebaikan pengguna.

Rabu, 11 Julai 2007

Hei-Tech Padu Berhad. Sistem Maklumat Sekolah (SMS)

Pihak Hei-Tech akan memulakan sesi latihan dan percubaan sistem maklumat sekolah (SMS) pada 16 Julai 2006. Program ini akan berjalan selama enam bulan di mana hanya lima sekolah terpilih di daerah ini akan menjalani ujian sistem ini.

Guru-guru yang terlibat secara langsung dengan SMS ini ialah Us Mohd Bakhtiar Matal, Puan Fazliana Ismail, Puan Juhana Mahat dan Cik Norhazliza Mohamad.

Guru-guru tersebut dan pihak sekolah perlu mengisi borang penilaian setiap bulan bagi menyatakan kekuatan dan kelemahan sistem ini. Perlu diberi perhatian, sistem ini ialah sebagai ujian dan sekiranya ianya dirasakan cukup sesuai penilaian tepat perlu diberi kerana ia akan menjadi sistem maklumat sekolah untuk seluruh negara pada masa akan datang.

Jumaat, 6 Julai 2007

Keputusan Penarapan Makmal 2007

Penarapan makmal komputer yang dilakukan pada April lalu telahpun mendapat keputusannya. Makmal terbaik bagi sekolah rendah hanya mampu memperoleh tiga bintang dan banyak makmal tidak memperoleh sebarang bintang termasuklah SK Tun Abdul Razak...

Apa boleh buat... Insya-Allah tahun depan kita tingkatkan usaha kita...

MMS Schoolnet

Pihak GITN telah sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak KPM untuk meneruskan khidmat di sekolah. Terbaru pihak GITN telah diberi kepercayaan mengikat kontrak dengan KPM bagi menyelanggara sistem antivirus di sekolah-sekolah.

Semua komputer yang berhubung dengan internet yang dibekalkan oleh pihak GITN akan dipasang dengan antivirus oleh syarikat berkenaan. Mana-mana komputer yang tidak mempunyai antivirus yang dibekalkan tidak lagi dibenarkan menggunakan rangkaian schoolnet GITN.

Pihak GITN akan mula turun padang bagi melaksanakan pemasangan aplikasi ini bermula dari September 2006 dan kontrak berjalan sehingga September 2009.

Bridget Siber

Jabatan Pelajaran Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah mengarahkan setiap sekolah yang mempunyai makmal komputer melantik Bridget Siber dari kalangan murid untuk membantu guru dalam pengawasan makmal.

Bridget siber hendaklah dilantik dari kalangan murid yang mempunyai pengetahuan asas dalam komputer. Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak setakat ini belum membuat lantikan bridget siber. Guru-guru dan Jawatankuasa makmal bolehlah memberi cadangan murid-murid yang berkelayakkan untuk dilantik menjadi bridget siber.

Khamis, 5 Julai 2007

Web SKTAR....

Sekolah kini mempunyai dua laman web yang disediakan oleh JK Makmal Komputer / ICT. Guru-guru diminta memberi komen atau pandangan pada alamat web yang disediakan.

Web boleh dilawati dialamat :

http://geocities.com/sktar_hs

http://www.maxis.communities.com.my/sites/sktunabdulrazak

(Diharap sebuah jawatankuasa khusus untuk pembangunan laman web dan pengemaskinian diwujudkan)

Jadual Baru Penggunaan Makmal...

Memandangkan guru-guru SK TAR menggunakan jadual baru selepas cuti semester, jadual penggunaan makmal komputer juga akan berubah. Sebelum jadual baru disediakan guru-guru diharap berjumpa penyelaras atau penolong penyelaras makmal sekiranya hendak menggunakan makmal komputer.

Jadual baru akan disediakan sekiranya jadual pengajaran yang baru dirombak tidak ada pertindihan dan berjalan dengan lancar.

Kursus Penyelaras dan Penolong Penyelaras Makmal....

Kursus sehari penyelaras dan penolong penyelaras akan diadakan pada 25 Julai 2007. Kursus ini akan dijalankan serentak di tiga tempat berasingan. Bagi sekolah-sekolah kawasan tengan, mereka akan berkursus di makmal komputer SK Bandar Baru Batang Kali.

Siapa yang akan mewakili SK Tun Abd Razak....

Kursus Penyelaras Makmal...

Pihak Jabatan Pelajaran Selangor telah mengadakan kursus kepada penyelaras-penyelaras makmal komputer sekolah di Pulau Pangkor dari 03 Julai sehingga 06 Julai 2007. Seramai 502 orang terlibat dalam kursus ini.

En. Rozali KUTV PPD Hulu Selangor, mengetuai peserta-peserta kursus dari daerah Hulu Selangor.

Antara pengisian kursus ialah konfigurasi server windows 2000 dan linux red hat yang di sampaikan oleh En. Satria dari SK Sungai TEngi dan En. Wahi dari PKG Kalumpang. Peserta juga didedahkan cara pengurusan makmal yang berkesan dan penyelenggaraan alatan ICT sekolah.

SK Tun Abdul Razak mewakilkan Ustaz Mohd Bakhtiar bin Matal selaku penyelaras makmal untuk mengikuti kursus ini.

Makmal Komputer...

Penarapan makmal komputer sekolah-sekolah di daerah Hulu Selangor telah di laksanakan pada bulan April yang lepas. Antara pekara-perkara yang dinilai ialah antaranya penggunaan, pengurusan dan kekemasan.

Pihak jabatan dan PPD juga sentiasa memantau penggunaan makmal dari semasa ke semasa. Ini bagi memastikan hasrat kerajaan agar makmal komputer digunakan secara optimum terlaksana.

SK TUN ABDUL RAZAK 44000 KUALA KUBU BHARU




Sekolah ku....


Mengikut sejarahnya di zaman darurat ( 1948 ) orang-orang asli di kawasan Kuala Kubu Bharu telah dipindahkan dari kawasan berhampiran pekan iaitu di Kampung Lengong. Pemindahan ini bertujuan mengurangkan masalah keselamatan orang-orang asli. Dengan bantuan Jabatan Orang Asli (JOA) rumah-rumah telah didirikan di sebuah bangunan sementara dan dinamakan Sekolah Asli dengan murid seramai 20 orang sahaja. Guru Besar ketika itu ialah En. Abdul Hadi.

Bagaimanapun, dalam tahun 1958, sebuah perkampungan orang-orang asli yang lebih sesuai telah disediakan yang terletak 2km dari bandar Kuala Kubu Bharu. Sebuah sekolah baru dibina menggantikan sekolah Asli di Kampung Lengung. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Kaum Darat, Kuala Kubu Bharu. Guru Besarnya ialah En. Hassan b Rais.

Pada tahun yang sama (1958) Sekolah Kebangsaan Kaum Darat ini telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak mengambil sempena nama Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu Menteri Pembangunan Luar Bandar. Beliau telah datang melawat ke kampung ini.

Pada tahun 1983, sebuah bangunan asrama telah didirikan bagi menampung anak-anak Orang Asli dari seluruh daerah Hulu Selangor yang datang belajar ke sekolah ini. Rumah-rumah pegawai JHEOA turut dibina bagi memudahkan pengurusan dan pengendalian murid-murid asrama pada waktu itu

Jumlah murid juga bertambah pada masa itu seramai 125 orang dengan tenaga pengajar seramai 10 orang guru. Ini menyebabkan pada tahun 1984 sebuah bangunan baru dibina dan pada tahun 1991 sebuah lagi bangunan didirikan dan dibiayai oleh JHEOA

Pada tahun 1995, sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun Pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli masih memberi peruntukkan kewangan untuk membeli peralatan dan keperluan murid di sekolah ini

Pada awal tahun 2004 bangunan kayu yang uzur telah diganti dengan bangunan batu yang baru yang boleh menempatkan 4 buah bilik darjah

Sehingga kini jumlah Guru Besar yang telah berkhidmat di sini seramai 13 orang