PROGRAM MAJU DIRI 2011 (PMD)

Program Maju Diri di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (Orang Asli) agak berbeza dengan PMD di sekolah lain.

Tarikh : 11-13 Jan 2011
Tempat: Dewan Sekolah

Menggosok Pakaian

PROGRAM MAJU DIRI

PROGRAM MAJU DIRI
Taklimat

FOTO GURU SKTAR 2010

FOTO GURU SKTAR 2010

Jumaat, 24 Oktober 2008

Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Orang Asli Negeri Selangor 2008

SK Tun Razak menyertai Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Murid Orang Asli Negeri Selangor pada 21 dan 22 Oktober 2008 di Bagan Lalang, Sepang. Acara yang disertai dalam festival tersebut ialah takraw, bola baling perempuan dan lontar peluru lelaki.

Bagi acara bola baling perempuan, SKTAR mendapat tempat yang kedua manakala bagi acara takraw dan lontar peluru masing-masing mendapat tempat ketiga.






Pasukan Sepak Takraw


Pasukan Bola Baling SKTAR

Sabtu, 18 Oktober 2008

Festival Sukan Sekolah-Sekolah Orang Asli Negeri Selangor 2008




SKTAR akan menyertainya Festival Sukan Sekolah-Sekolah Orang Asli Negeri Selangor mewakili Daerah Hulu Selangor pada 21 dan 22 Oktober 2008. Festival tersebut akan diadakan di sekitar Daerah Sepang. SKTAR mengambil bahagian dalam acara lompat jauh lelaki dan perempuan, lontar peluru lelaki dan
perempuan, bola baling perempuan dan sepak takraw. Kami warga SKTAR sangat-sangat berharap dengan latihan yang giat dijalankan, murid-murid sekolah ini akan menempa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah.


Program Ihya' Ramadhan 1429H / 2008M

SK Tun Abdul Razak tidak ketinggalan mengadakan Program Ihya' Ramadhan walaupun jumlah murid Islam di sekolah ini hanya sekitar 25 peraatus sahaja daripada jumlah keseluruhan murid. Guru-guru, murid-murid dan semua pekerja bekerjasama dalam menjayakan setiap program yang dirancang.