PROGRAM MAJU DIRI 2011 (PMD)

Program Maju Diri di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (Orang Asli) agak berbeza dengan PMD di sekolah lain.

Tarikh : 11-13 Jan 2011
Tempat: Dewan Sekolah

Menggosok Pakaian

PROGRAM MAJU DIRI

PROGRAM MAJU DIRI
Taklimat

FOTO GURU SKTAR 2010

FOTO GURU SKTAR 2010

Selasa, 8 Disember 2009

Sewang... Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SKTAR untuk terlibat secara langsung dalam Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat kebangsaan di Putra Perdana pada 7 November 2009. SKTAR diberi kepercayaan untuk mempersembahkan tarian sewang selamat datang pada program tersebut.

Tahniah SKTAR.





Lawatan ke Tanah Tinggi Cameron

Lawatan sambil belajar ke Tanah Tinggi Cameron melibatkan pentadbir, guru-guru, murid-murid, pekerja sekolah dan ibu bapa murid (KEDAP) telah berjalan pada 31 Oktober 2009. Program ini dirangka dengan tujuan untuk merapatkan hubungan sesama komuniti SKTAR di samping sedikit sebanyak menimba ilmu sepanjang lawatan tersebut.

Lawatan ke kawasan-kawasan pertanian mendedahkan kepada peserta program kaedah pertanian moden dan komersial.

Program seperti ini diharap dapat terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang untuk memberi pendedahan terutama kepada murid dan ibu bapa cara kehidupan yang lebih moden.




RIMUP ..... Sukaneka dan Sambutan Hari Raya

Semangat 1Malaysia telah dibuktikan dengan adanya program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). SKTAR bersama SK Kuala Kubu Bharu Satu tidak ketinggalan untuk menterjemahkan aspirasi nasional ini dengan mengadakan acara sukaneka dan jamuan hari raya bersama pada 02 Oktober 2009.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memb
uka minda anak-anak kita bahawa mereka sentiasa perlu berhubung dengan dunia luar demi meningkatkan keyakinan dan kemajuan diri demi masa depan yang lebih cemerlang.





Rabu, 18 November 2009

Lawatan Penanda Aras IAB

Pihak institut Aminuddin Baki terdiri dari pensyarah dan peserta kursus (pentadbir sekolah) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SKTAR pada 12 Ogos 2009. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar tukar pendapat di samping mengutip sedikit ilmu dari sekolah ini dan di bawa pulang oleh peserta kursus untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing.








Selasa, 17 November 2009

Lawatan IPGM Bahasa-Bahasa Antara Bangsa

Satu rombongan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Cawangan Bahasa-Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai terdiri dari para pensyarah telah membuat lawatan ke sekolah ini pada 18 Ogos yang lepas. Lawatan bertujuan menimba dan mempertingkatkan ilmu di samping bertukar-tukar pendapat antara sekolah dan pihak institusi . Lawatan seperti ini sangat baik bagi mempertingkatkan tahap profesionalisme guru-guru di sekolah ini.




Jom Tingkatkan Prestasi

Pada 27 Julai lepas, murid-murid dari tahun enam dibawa 'makan-makan' di KFC batang Kali sebagai penghargaan kepada mereka setelah berusaha keras dengan belajar bersungguh-sungguh sepanjang tahun ini. Mudah-mudahan usaha gigih mereka dan para guru akan membuahkan hasil dengan pencapaian cemerlang dalam UPSR 2009. Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru sekolah ini yang tidak mengenal putus asa dan jemu dalam mendidik anak-anak sekolah ini.






Kem 1Malaysia

Sepuluh orang murid sekolah ini telah terpilih untuk menyertai Kem 1Malaysia di Kuala Selangor selama 4 hari pada Julai lepas. Sepanjang kem ini murid dari pelbagai kaum diperkenalkan kepada kepelbagaian budaya hidup masyarakat Malaysia, Murid juga diperkenalkan dengan makanan tradisi masyarakat Malaysia di samping diberi peluang untuk memasak masakan tradisi tersebut.





Anugerah Sekolah Cemerlang 2009

Ketelusan pimpinan dan kesepakatan guru-guru SKTAR serta hasil kerjasama yang jitu dari keseluruhan warga SKTAR melayakkan sekolah ini menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) tahun 2009 pada 18 Ogos yang lepas. Anugerah di sampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Pengiktirafan ini diharap akan lebih memberi dorongan kuat kepada warga sekolah ini untuk terus maju dan gemilang dimasa-masa akan datang.





Sabtu, 4 Julai 2009

Program Mentor Mentee Tahun 6 2009

Program penyerahan murid angkat (mentor mentee) telah dilaksanakan pada 3 Julai 2009 yang lepas. Setiap guru mendapat seorang murid angkat untuk dididik dan dibimbing agar mencapai keputusan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR yang bakal menjelang lebih kurang dua bulan lagi.

Selasa, 30 Jun 2009

Kempen Kembali Ke Sekolah


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTAR telah turun padang ke Kampung Orang Asli Batu 6 Kerling pada 29 Jun 2009 dalamprogram "kempen kembali ke sekolah". Ini berikutan ramai murid dari kampung tersebut gagal hadir ke sekolah atau kerap kali tidak hadir. Program ini bertujuan untuk bertemu ibu bapa murid bagi menyelami masalah mereka di samping menerangkan betapa pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka. Program ini akan diteruskan ke kampung-kampung lain pada masa akan datang.



Hari Terbuka Akademik 1/2009 dan Majlis Penyerahan Duit KWAPM


Hari Terbuka Akademik dan Penyerahan Duit KWAPM SKTAR telah diadakan pada 26 Jun 2009 (Jumaat). Program ini merupakan program bersama ibu bapa atau penjaga murid bagi mebincangkan prestasi anak-anak mereka serta penyerahan bantuan wang kepada pelajar miskin. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa atau penjaga murid tentang kepentingan pendidikan terutama dalam arus pemodenan hari ini.

Rakaman peristiwa menarik sepanjang program

Kaunter KWAMP

Ucapan serta motivasi daripada YDP PIBG

Cik Nurhayati bersama penjaga murid

Sikap ambil tahu ibu bapa penting untuk kemajuan anak-anak mereka

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2009

Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah merupakan salah satu acara tahunan yang perlu diadakan oleh sekolah. Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu tidak ketinggalan untuk mengadakan aktiviti ini bagi menyahut hasrat Kementerian Pelajaran untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi prestasi akademik dan ko-kurikulum.

Objektif :

1. Membentuk sifat berdikari dan kerjasama di kalangan murid dalam persatuan.

2. Mewujudkan sifat kepimpinan dikalangan ahli dalam persatuan.

3. Merapatkan hubungan antara guru dan murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

4. Mendidik murid menggunakan waktu terluang dengan aktiviti yang bermanfaat.

5. Melatih murid hidup berdisplin dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Tarikh Perkhemahan

19-20 Jun 2009

Tempat Perkhemahan

Perkarangan SK Tun ABdul Razak

Penyertaan

50 Orang Murid Tahap Dua


Antara Rakaman Peristiwa Sepanjang Perkhemahan TKRS 2009

Memasang Khemah

Makan bersama rakan dalam kumpulan

Solat berjemaah sangat ditekankan kepada murid-murid Islam

Tiang sebagai teman setiaku

Aktiviti 'burung hantu' untuk meningkatkan sifat berani dan yakin diri murid serta menanam sifat syukur

Senaman pagi

Pertolongan cemas

Pertolongan cemas 2

Ikhtiar hidup

Antara kumpulan yang menang

Bergambar kenagan diakhir kem