PROGRAM MAJU DIRI 2011 (PMD)
Program Maju Diri di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (Orang Asli) agak berbeza dengan PMD di sekolah lain.
Tarikh : 11-13 Jan 2011
Tempat: Dewan Sekolah
Dari hadapan kiri : Puan Meenambal (PK Ko-Ku), Pn Hjh Zaharah (PK HEM), Puan Rokiah (PK 1), Puan Azizah (Guru Besar), Tn Hj Hamihad, Us Bakhtiar, En Yusmawi, Us Ab Aziz
Dari Belakang Kiri : En Sahrin, Pn Jashiah, Pn Juhana, Pn Salmiah, Pn Siti Khadijah, Pn Hashima, Cik Nurhayati, Pn Nuraini, Puan Fazliana, Cik Norhazliza, Tn Syed Ariff (Abg Nan).
Tiada Dalam Gambar : Pn Sharom Be Bee dan Pn Hjh Kamaliah
(Gambar bersaiz besar dan sesuai untuk cetakan atau print di kedai gambar)
SKTAR akan menghantar pasukan sepak takraw sekolah menyertai Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan mewakili negeri Selangor pada 5 hingga 8 November 2008. Dua pemain bola baling SKTAR juga akan turut membantu pasukan Bola Baling Selangor di festival tersebut. Kontinjen sekolah akan diketuai oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah selaku guru pengiring dan juga penolong jurulatih pasukan sepak takraw negeri.
Kami warga SKTAR berharap kontinjen Selangor akan memperoleh kedudukan teratas dalam festival tersebut.
Tahniah dan kekalkan semangat di peringkat kebangsaan.
SK Tun Razak menyertai Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Murid Orang Asli Negeri Selangor pada 21 dan 22 Oktober 2008 di Bagan Lalang, Sepang. Acara yang disertai dalam festival tersebut ialah takraw, bola baling perempuan dan lontar peluru lelaki.
Bagi acara bola baling perempuan, SKTAR mendapat tempat yang kedua manakala bagi acara takraw dan lontar peluru masing-masing mendapat tempat ketiga.

Pasukan Sepak Takraw

Pasukan Bola Baling SKTAR
SKTAR akan menyertainya Festival Sukan Sekolah-Sekolah Orang Asli Negeri Selangor mewakili Daerah Hulu Selangor pada 21 dan 22 Oktober 2008. Festival tersebut akan diadakan di sekitar Daerah Sepang. SKTAR mengambil bahagian dalam acara lompat jauh lelaki dan perempuan, lontar peluru lelaki dan perempuan, bola baling perempuan dan sepak takraw. Kami warga SKTAR sangat-sangat berharap dengan latihan yang giat dijalankan, murid-murid sekolah ini akan menempa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah.

SK Tun Abdul Razak tidak ketinggalan mengadakan Program Ihya' Ramadhan walaupun jumlah murid Islam di sekolah ini hanya sekitar 25 peraatus sahaja daripada jumlah keseluruhan murid. Guru-guru, murid-murid dan semua pekerja bekerjasama dalam menjayakan setiap program yang dirancang.



Sepanjang Bulan Ramadhan 1429H pelbagai program telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam dan Moral sebagai meraikan Ramadhal al-Mubarak pada kali ini. Antara perancangan aktiviti sepanjang Ramadhan tahun ini ialah :
1. Tazkirah Bagi Pelajar-Pelajar Islam Setiap Pagi Selepas Perhimpunan dan Dalam Majlis-Majlis Tertentu
2. Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR dan Tahlil Sempena Ramadhan
3. Memasak Bubuk Lambuk Untuk Guru-Guru dan Murid-Murid Islam
4. Sumbangan Pakaian Terpakai Untuk Murid-Murid Miskin
5. Kutipan Derma Dari Guru-Guru dan Agensi Luar Untuk Diagihkan Kepada Murid-Murid Islam Senpena Sambutan Hari Raya
6. Ceramah Tatacara dan Adab Sambutan Hari Raya Serta Latihan Takbir
7. Majlis berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Isyak Berjemaah, Tazkirah dan Solat Tarawih Bersama Warga Asrama SKTAR

Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberi kesempatan buat kita untuk berada di akhir bulan Ramadan 1429 hijrah ini. Sedar betapa cepat masa berlalu bermakna lambaian Syawal 1429 hijrah kian menggamit seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Sempena meraikan murid-murid beragama Islam di sekolah ini, seluruh warga guru dan staf SKTAR berganding bahu menyiapkan sumbangan berupa hamper dan keperluan aidilfitri buat hampir 45 murid Islam dari tahun 1 hingga 6.
Pihak sekolah mengharapkan agar kesemua murid tersebut dapat merayakan sambutan Aidilfitri kali ini dengan lebih meriah. Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama dari warga sekolah bercadang ingin mengadakan solat tarawikh secara berjemaah di Asrama SKTAR dan pra-latihan alunan takbir serta panduan yang boleh dilaksanakan menjelang pagi hari raya menjelang nanti.
Akhir kata, pihak AJK Makmal SKTAR mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin sepanjang kita semua menjadi rakan sejawat dan warga sekolah sepanjang tahun ini. Buat mereka yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing diharap agar memeriksa kenderaan anda di pusat automotif yang sah serta diucapakan selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya.

Sambutan Ramdhan 1429H
****
Ucapan Selamat Berpuasa Buat Warga SKTAR. Semoga Ramadhan Tahun Ini Berbeza Dari Tahun-Tahun Lepas Dari Segi Peningkatan Amalan Dan Ibadah. Sama-Sama Kita Memakmurkan Rumah-Rumah Allah Dengan Solat Fardhu Berjemaah dan Tarawih Serta Tadarus.
Selamat Menyambut Ramadhan 1429 H.
Kem Bestari Solat j-QAF Siri 3 2008 telah dilaksanakan pada 09 Ogos 2008 dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam di perkarangan SK Tun Abdul Razak. Seramai 16 orang murid tahap satu dari tahun satu dan dua menyertai kem ini. Para guru turut serta menjayakan kem sebagai fasilitator kem.
Pihak penganjur berharap para peserta kem dapat mengaplikasikan setiap input yang diperolehi sepanjang kem dalam kehidupan mereka.
Pihak penganjur merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Rokiah bt Hassan (GPK 1) kerana sudi merasmikan penutupan kem seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta.
Penganjur juga berharap kerjasama dari semua guru diteruskan dalam menjayakan Kem Bestari Solat siri yang akan datang.
Kem UPSR 2008 akan dijalankan pada 01 - 02 Ogos 2008 di Kem Rimba Tamu, Batang Kali. Seramai 30 orang murid sekolah ini akan menyertai kem tersebut.
Guru-guru yang mempunya kelapangan amat dialu-alukan turut serta dalam kem tersebut.
Satu Kursus Dalaman bertajuk Komputer dalam P & P telah dilaksanakan pada 14 Julai 2008. Puan Fazliana dan Us Mohd Bakhtiar diberi tanggungjawab untuk menyampaikan dan mengendalikan kursus dalaman tersebut.
Antara tajuk-tajuk yang telah disampaikan ialah Penjagaan Komputer, Penggunaan LCD Projektor di Kelas-Kelas dan HotPotatoes. Tajuk Membina Blog Untuk P & P tidak dapat disampaikan kerana kesuntukan masa.
Para peserta mengambil bahagian secara aktif dan berkemungkinan besar kursus lanjutan akan dijalankan terutama bagi tajuk HotPotatoes dan Pembinaan Blog.
Perkembangan Staf akan dijalankan seperti berikut :
1. Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Alam
Tarikh : 07 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Encik Mohd Yusmawi bin Zainal
2. Head Count
Tarikh : 10 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Puan Juhana bt Mahat
3. Kajian Tindakan
Tarikh : 14 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Puan Juhana bt Mahat
4. Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tarikh : 17 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Puan Fazliana / Puan Juhana / Us Mohd Bakhtiar
Kursus Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Alam telah diadakan pada 07 Julai 08 jam dari jam 2.oo hingga 5.15 petang. Ceramah disampaikan oleh Encik Mohd Yusmawi bin Zainal. Kursus disertai oleh guru-guru dan kakitangan sekolah ini. Semua peserta mengambil bahagian secara aktif dan objektif kursus tercapai.
Encik Mohd Yusmawi sedang memberi penerangan kepada peserta kursus
Peserta tekun mendengar penerangan dari penceramah
Aktiviti luar... para peserta kursus sedang mengesan kawasan berbahaya di sekitar kawasan sekolah
Antara tempat bahaya dikenalpasti
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan pelajaran Selangor telah menganjurkan satu program khas untuk murid-murid orang asli peringkat negeri Selangor. Program yang dikenali sebagai Program Insan Mapan atau PISMA itu diadakan pada 27-29 Jun 2008 bertempat di Pusat Latihan Penguasa (PULAPES) Banting, Selangor.
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama murid orang asli serta membuka minda mereka terhadap kemajuan negara pada masa kini.
Pelbagai program menarik telah diatur oleh pihak penganjur seperti sesi ice-breaking, Permainan Patriotik, ceramah motivasi, lawatan ke Bukit Jugra serta Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
SK Tun Abd Razak telah menghantar 10 orang murid sebagai wakil sekolah ke program ini.



HARI TERBUKA AKADEMIK 2008
Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (SKTAR) telah mengadakan Hari Terbuka Akademik pada 27 Jun 2008. Hari terbuka ini diadakan sebagai wadah pertemuan antara ibu bapa murid SKTAR dan guru kelas murid masing-masing. Antara aktiviti yang berlangsung ialah majlis perbincangan guru dan ibu bapa murid Tahun Enam yang menyaksikan berlangsungnya dialog antara ibu bapa dan guru untuk meningkatkan prestasi setiap murid sempena UPSR yang bakal berlangsung awal September ini. Selain itu, majlis menandatangani kad kemajuan murid juga diadakan untuk ibubapa murid tahun satu hingga tahun lima.

Menanti giliran penuh sabar...
Puan Salmiah Baharin memerhatikan salah seorang bapa murid tahun dua menandatangani buku rekod kemajuan manakala Seorang bapa mendengar penerangan daripada Encik Mohd Yusmawi.
Minggu Panitia Bahasa Malaysia SKTAR telah dilancarkan dengan jayanya pada 24 Jun 2008 Oleh Puan Hajah Zaharah bt Hj Shaharum, GPK HEM mewakili Guru Besar SKTAR. Program ini berlangsung selama dua minggu. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang program berlangsung, antaranya pertandingan berbalas pantun, membina perkataan, membaca puisi, mencari huruf tersembunyi dan teka silangkata.
Antara objektif program ini adalah untuk memastikan kelestarian penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid orang asli SKTAR. Program ini juga diharap dapat memupuk semangat cintakan Bahasa Malaysia di samping memastikan murid-murid ini dapat berkomunikasi dengan baik dalam situasi formal dan tidak formal dalam kehidupan mereka.
Pelancaran program.
Puan Hajah Zaharah sedang memerhatikan kata-kata perasmian.
Hasil tangan guru-guru SKTAR.
Persembahan Sewang menghangatkan suasana.
Guru pembimbing turut menyanyi bersama.
Murid-murid khusyuk menyaksikan persembahan.
Pihak AJK ICT dan Data merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Mohd Yusmawi bin Zainal yang telah mendiirikan rumahtangga dengan pasangannya pada 18 Mei 2008 lepas. Semoga Allah memberikan rahmat atas ikatan perkahwinan yang dibina dan moga bahagia sehingga ke akhir hayat.
Kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah juga buat bakal pengantin baru Cik Salmiah bt Baharin yang bakal mendirikan rumah tangga pada 25 Mei 2008. Semoga kalian berdua tabah menghadapi dunia baru dan cabaran alam berumahtangga.Tahniah dari kami.
Minggu peperiksaan sekolah bermula dari 20 Mei 2008 hingga 23 Mei 2008. Jadual peperiksaan adalah selaras bagi Daerah Hulu Selangor.

Jawatankuasa ICT dan Data SKTAR mengucapkan selamat datang kepada Puan Rokiah bt Hasan (Penolong Kanan Satu) yang mula melapor diri di sekolah ini pada Mei 2008. Beliau menggantikan Puan Rohana bt Mokhtar yang bertukar sebagai Penolong Kanan HEM di SK Bukit Beruntung.
Semoga beliau terus berkomitmen dan selamat menjadi warga SKTAR.