Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah berlangsung pada 23 Januari 2009 melibatkan murid-murid tahap dua sekolah ini. Seramai dua puluh orang murid lelaki dan perempuan telah dipilih sebagai pemenang. Mereka yang mencatat masa terbaik akan dipilih mewakili sekolah ke peringkat daerah.
PROGRAM MAJU DIRI 2011 (PMD)
Tarikh : 11-13 Jan 2011
Tempat: Dewan Sekolah
Menggosok Pakaian
PROGRAM MAJU DIRI
Taklimat
FOTO GURU SKTAR 2010

Jumaat, 23 Januari 2009
Kejohanan Merentas Desa SKTAR Tahun 2009
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah berlangsung pada 23 Januari 2009 melibatkan murid-murid tahap dua sekolah ini. Seramai dua puluh orang murid lelaki dan perempuan telah dipilih sebagai pemenang. Mereka yang mencatat masa terbaik akan dipilih mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Selasa, 6 Januari 2009
Rabu, 10 Disember 2008
2008 DALAM KENANGAN
Dari hadapan kiri : Puan Meenambal (PK Ko-Ku), Pn Hjh Zaharah (PK HEM), Puan Rokiah (PK 1), Puan Azizah (Guru Besar), Tn Hj Hamihad, Us Bakhtiar, En Yusmawi, Us Ab Aziz
Dari Belakang Kiri : En Sahrin, Pn Jashiah, Pn Juhana, Pn Salmiah, Pn Siti Khadijah, Pn Hashima, Cik Nurhayati, Pn Nuraini, Puan Fazliana, Cik Norhazliza, Tn Syed Ariff (Abg Nan).
Tiada Dalam Gambar : Pn Sharom Be Bee dan Pn Hjh Kamaliah
(Gambar bersaiz besar dan sesuai untuk cetakan atau print di kedai gambar)
Selasa, 9 Disember 2008
Hari Kecemerlangan 2008
Hari Kecemerlangan Murid 2008 Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak telah diadakan pada 13 November 2008 (Khamis). Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mior Adam bin Hasim Pegawai JHEOA Kuala Kubu Bharu.
Hari Kecemerlangan Murid diadakan bertujuan untuk menghargai kecemerlangan murid-murid sepanjang tahun 2008 di samping memberi galakkan kepada mereka untuk terus berusaha demi merealisasikan visi sekolah melahirkan pelajar yang cemerlang.
Apa yang menarik pada hari tersebut juga merupakan hari keputusan rasmi UPSR diumumkan. Majlis tersebut menjadi lebih bermakna apbila keputusan UPSR sekolah ini meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun yang lepas dan bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Melayu Pemahaman sekolah ini mendapat keputusan 100 %. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya, juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak SKTAR tanpa mengira masa dan tanpa rasa jemu, juga kepada seluruh warga SKTAR.
Ahad, 2 November 2008
Festival Sukan Sekolah-Sekolah Asli Kebangsaan 2008
SKTAR akan menghantar pasukan sepak takraw sekolah menyertai Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan mewakili negeri Selangor pada 5 hingga 8 November 2008. Dua pemain bola baling SKTAR juga akan turut membantu pasukan Bola Baling Selangor di festival tersebut. Kontinjen sekolah akan diketuai oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah selaku guru pengiring dan juga penolong jurulatih pasukan sepak takraw negeri.
Kami warga SKTAR berharap kontinjen Selangor akan memperoleh kedudukan teratas dalam festival tersebut.
Tahniah dan kekalkan semangat di peringkat kebangsaan.
Jumaat, 24 Oktober 2008
Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Orang Asli Negeri Selangor 2008
SK Tun Razak menyertai Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Murid Orang Asli Negeri Selangor pada 21 dan 22 Oktober 2008 di Bagan Lalang, Sepang. Acara yang disertai dalam festival tersebut ialah takraw, bola baling perempuan dan lontar peluru lelaki.
Bagi acara bola baling perempuan, SKTAR mendapat tempat yang kedua manakala bagi acara takraw dan lontar peluru masing-masing mendapat tempat ketiga.
Sabtu, 18 Oktober 2008
Festival Sukan Sekolah-Sekolah Orang Asli Negeri Selangor 2008
SKTAR akan menyertainya Festival Sukan Sekolah-Sekolah Orang Asli Negeri Selangor mewakili Daerah Hulu Selangor pada 21 dan 22 Oktober 2008. Festival tersebut akan diadakan di sekitar Daerah Sepang. SKTAR mengambil bahagian dalam acara lompat jauh lelaki dan perempuan, lontar peluru lelaki dan perempuan, bola baling perempuan dan sepak takraw. Kami warga SKTAR sangat-sangat berharap dengan latihan yang giat dijalankan, murid-murid sekolah ini akan menempa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah.
Program Ihya' Ramadhan 1429H / 2008M
Jumaat, 26 September 2008
Program Ihya' Ramadhan
Sepanjang Bulan Ramadhan 1429H pelbagai program telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam dan Moral sebagai meraikan Ramadhal al-Mubarak pada kali ini. Antara perancangan aktiviti sepanjang Ramadhan tahun ini ialah :
1. Tazkirah Bagi Pelajar-Pelajar Islam Setiap Pagi Selepas Perhimpunan dan Dalam Majlis-Majlis Tertentu
2. Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR dan Tahlil Sempena Ramadhan
3. Memasak Bubuk Lambuk Untuk Guru-Guru dan Murid-Murid Islam
4. Sumbangan Pakaian Terpakai Untuk Murid-Murid Miskin
5. Kutipan Derma Dari Guru-Guru dan Agensi Luar Untuk Diagihkan Kepada Murid-Murid Islam Senpena Sambutan Hari Raya
6. Ceramah Tatacara dan Adab Sambutan Hari Raya Serta Latihan Takbir
7. Majlis berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Isyak Berjemaah, Tazkirah dan Solat Tarawih Bersama Warga Asrama SKTAR
Selasa, 23 September 2008
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H
Ahad, 14 September 2008
****
Ucapan Selamat Berpuasa Buat Warga SKTAR. Semoga Ramadhan Tahun Ini Berbeza Dari Tahun-Tahun Lepas Dari Segi Peningkatan Amalan Dan Ibadah. Sama-Sama Kita Memakmurkan Rumah-Rumah Allah Dengan Solat Fardhu Berjemaah dan Tarawih Serta Tadarus.
Selamat Menyambut Ramadhan 1429 H.
Jumaat, 15 Ogos 2008
Kem Bestari Solat Siri 3 2008
Kem Bestari Solat j-QAF Siri 3 2008 telah dilaksanakan pada 09 Ogos 2008 dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam di perkarangan SK Tun Abdul Razak. Seramai 16 orang murid tahap satu dari tahun satu dan dua menyertai kem ini. Para guru turut serta menjayakan kem sebagai fasilitator kem.
Pihak penganjur berharap para peserta kem dapat mengaplikasikan setiap input yang diperolehi sepanjang kem dalam kehidupan mereka.
Pihak penganjur merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Rokiah bt Hassan (GPK 1) kerana sudi merasmikan penutupan kem seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta.
Penganjur juga berharap kerjasama dari semua guru diteruskan dalam menjayakan Kem Bestari Solat siri yang akan datang.
Khamis, 31 Julai 2008
Kem UPSR 2008
Kem UPSR 2008 akan dijalankan pada 01 - 02 Ogos 2008 di Kem Rimba Tamu, Batang Kali. Seramai 30 orang murid sekolah ini akan menyertai kem tersebut.
Guru-guru yang mempunya kelapangan amat dialu-alukan turut serta dalam kem tersebut.
Selasa, 15 Julai 2008
Perkembangan Staf - Komputer dalam P & P
Satu Kursus Dalaman bertajuk Komputer dalam P & P telah dilaksanakan pada 14 Julai 2008. Puan Fazliana dan Us Mohd Bakhtiar diberi tanggungjawab untuk menyampaikan dan mengendalikan kursus dalaman tersebut.
Antara tajuk-tajuk yang telah disampaikan ialah Penjagaan Komputer, Penggunaan LCD Projektor di Kelas-Kelas dan HotPotatoes. Tajuk Membina Blog Untuk P & P tidak dapat disampaikan kerana kesuntukan masa.
Para peserta mengambil bahagian secara aktif dan berkemungkinan besar kursus lanjutan akan dijalankan terutama bagi tajuk HotPotatoes dan Pembinaan Blog.
Selasa, 8 Julai 2008
Perkembangan Staf SK Tun Abdul Razak
Perkembangan Staf akan dijalankan seperti berikut :
1. Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Alam
Tarikh : 07 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Encik Mohd Yusmawi bin Zainal
2. Head Count
Tarikh : 10 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Puan Juhana bt Mahat
3. Kajian Tindakan
Tarikh : 14 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Puan Juhana bt Mahat
4. Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tarikh : 17 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Puan Fazliana / Puan Juhana / Us Mohd Bakhtiar
Isnin, 7 Julai 2008
Kursus Dalaman Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Alam
Kursus Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Alam telah diadakan pada 07 Julai 08 jam dari jam 2.oo hingga 5.15 petang. Ceramah disampaikan oleh Encik Mohd Yusmawi bin Zainal. Kursus disertai oleh guru-guru dan kakitangan sekolah ini. Semua peserta mengambil bahagian secara aktif dan objektif kursus tercapai.
Jumaat, 4 Julai 2008
PROGRAM INSAN MAPAN


Isnin, 30 Jun 2008
HARI TERBUKA AKADEMIK 2008
Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (SKTAR) telah mengadakan Hari Terbuka Akademik pada 27 Jun 2008. Hari terbuka ini diadakan sebagai wadah pertemuan antara ibu bapa murid SKTAR dan guru kelas murid masing-masing. Antara aktiviti yang berlangsung ialah majlis perbincangan guru dan ibu bapa murid Tahun Enam yang menyaksikan berlangsungnya dialog antara ibu bapa dan guru untuk meningkatkan prestasi setiap murid sempena UPSR yang bakal berlangsung awal September ini. Selain itu, majlis menandatangani kad kemajuan murid juga diadakan untuk ibubapa murid tahun satu hingga tahun lima.
Puan Salmiah Baharin memerhatikan salah seorang bapa murid tahun dua menandatangani buku rekod kemajuan manakala Seorang bapa mendengar penerangan daripada Encik Mohd Yusmawi.
Selasa, 24 Jun 2008
Minggu Panitia Bahasa Malaysia SKTAR 2008
Antara objektif program ini adalah untuk memastikan kelestarian penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid orang asli SKTAR. Program ini juga diharap dapat memupuk semangat cintakan Bahasa Malaysia di samping memastikan murid-murid ini dapat berkomunikasi dengan baik dalam situasi formal dan tidak formal dalam kehidupan mereka.
Rabu, 21 Mei 2008
Selamat Pengantin Baru
Kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah juga buat bakal pengantin baru Cik Salmiah bt Baharin yang bakal mendirikan rumah tangga pada 25 Mei 2008. Semoga kalian berdua tabah menghadapi dunia baru dan cabaran alam berumahtangga.
Tahniah dari kami.
Minggu Peperiksaan
Minggu peperiksaan sekolah bermula dari 20 Mei 2008 hingga 23 Mei 2008. Jadual peperiksaan adalah selaras bagi Daerah Hulu Selangor.
Sabtu, 17 Mei 2008
Selamat Datang .. PK1
Jawatankuasa ICT dan Data SKTAR mengucapkan selamat datang kepada Puan Rokiah bt Hasan (Penolong Kanan Satu) yang mula melapor diri di sekolah ini pada Mei 2008. Beliau menggantikan Puan Rohana bt Mokhtar yang bertukar sebagai Penolong Kanan HEM di SK Bukit Beruntung.
Semoga beliau terus berkomitmen dan selamat menjadi warga SKTAR.
Jumaat, 16 Mei 2008
Sambutan Hari Guru SKTAR 2008
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.
Sambutan hari guru peringkat sekolah telah disambut pada 16 Mei 2008. Beberapa acara dilaksanakan sepanjang program tersebut. Antara acara-acara tersebut ialah bacaan perutusan hari guru, bacaan ikrar, nyanyian lagu Guru Malaysia oleh warga guru, sukaneka untuk guru-guru dan beberapa acara dewan.
Majlis bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.oo tengahari. Semua guru terlibat dalam setiap yang dirancang.
Majlis diacarakan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah dan Puan Nolida bt Mohd.
Puan Rokiah bt Hasan (PK1) membacakan perutusan Menteri Pendidikan manakala Tuan Haji Hamihad b Nayan membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Hari Guru Peringkat Sekolah 2008
Sempena Sambutan hari Guru Tahun 2008

Penolong Kanan Satu Puan Rokiah bt Hassan
