Tarikh : 18 Februari 2009
Masa : 2.00 Petang
Tempat : SKTAR
** Sila Bawa Peralatan Yang Sesuai
Jalan Padang Golf 44000 Kuala Kubu Bharu
Kami seluruh warga SKTAR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta-peserta merentas desa sekolah di bawah bimbingan Encik Mohd Yusmawi Zainal kerana mencapai pencapaian cemerlang pada peringkat daerah yang telah berlangsung pada 3 Februari 2009. Peserta-peserta lelaki memperoleh johan berkumpulan lelaki manakala peserta perempuan memperoleh naib johan berkumpulan perempuan.
Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan.
Hari Kecemerlangan Murid 2008 Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak telah diadakan pada 13 November 2008 (Khamis). Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mior Adam bin Hasim Pegawai JHEOA Kuala Kubu Bharu.
Hari Kecemerlangan Murid diadakan bertujuan untuk menghargai kecemerlangan murid-murid sepanjang tahun 2008 di samping memberi galakkan kepada mereka untuk terus berusaha demi merealisasikan visi sekolah melahirkan pelajar yang cemerlang.
Apa yang menarik pada hari tersebut juga merupakan hari keputusan rasmi UPSR diumumkan. Majlis tersebut menjadi lebih bermakna apbila keputusan UPSR sekolah ini meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun yang lepas dan bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Melayu Pemahaman sekolah ini mendapat keputusan 100 %. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya, juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak SKTAR tanpa mengira masa dan tanpa rasa jemu, juga kepada seluruh warga SKTAR.
SKTAR akan menghantar pasukan sepak takraw sekolah menyertai Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan mewakili negeri Selangor pada 5 hingga 8 November 2008. Dua pemain bola baling SKTAR juga akan turut membantu pasukan Bola Baling Selangor di festival tersebut. Kontinjen sekolah akan diketuai oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah selaku guru pengiring dan juga penolong jurulatih pasukan sepak takraw negeri.
Kami warga SKTAR berharap kontinjen Selangor akan memperoleh kedudukan teratas dalam festival tersebut.
Tahniah dan kekalkan semangat di peringkat kebangsaan.
SK Tun Razak menyertai Festival Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Murid Orang Asli Negeri Selangor pada 21 dan 22 Oktober 2008 di Bagan Lalang, Sepang. Acara yang disertai dalam festival tersebut ialah takraw, bola baling perempuan dan lontar peluru lelaki.
Bagi acara bola baling perempuan, SKTAR mendapat tempat yang kedua manakala bagi acara takraw dan lontar peluru masing-masing mendapat tempat ketiga.
SKTAR akan menyertainya Festival Sukan Sekolah-Sekolah Orang Asli Negeri Selangor mewakili Daerah Hulu Selangor pada 21 dan 22 Oktober 2008. Festival tersebut akan diadakan di sekitar Daerah Sepang. SKTAR mengambil bahagian dalam acara lompat jauh lelaki dan perempuan, lontar peluru lelaki dan perempuan, bola baling perempuan dan sepak takraw. Kami warga SKTAR sangat-sangat berharap dengan latihan yang giat dijalankan, murid-murid sekolah ini akan menempa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah.
Sepanjang Bulan Ramadhan 1429H pelbagai program telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam dan Moral sebagai meraikan Ramadhal al-Mubarak pada kali ini. Antara perancangan aktiviti sepanjang Ramadhan tahun ini ialah :
1. Tazkirah Bagi Pelajar-Pelajar Islam Setiap Pagi Selepas Perhimpunan dan Dalam Majlis-Majlis Tertentu
2. Bacaan Yassin dan Solat Hajat UPSR dan Tahlil Sempena Ramadhan
3. Memasak Bubuk Lambuk Untuk Guru-Guru dan Murid-Murid Islam
4. Sumbangan Pakaian Terpakai Untuk Murid-Murid Miskin
5. Kutipan Derma Dari Guru-Guru dan Agensi Luar Untuk Diagihkan Kepada Murid-Murid Islam Senpena Sambutan Hari Raya
6. Ceramah Tatacara dan Adab Sambutan Hari Raya Serta Latihan Takbir
7. Majlis berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Isyak Berjemaah, Tazkirah dan Solat Tarawih Bersama Warga Asrama SKTAR
Kem Bestari Solat j-QAF Siri 3 2008 telah dilaksanakan pada 09 Ogos 2008 dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam di perkarangan SK Tun Abdul Razak. Seramai 16 orang murid tahap satu dari tahun satu dan dua menyertai kem ini. Para guru turut serta menjayakan kem sebagai fasilitator kem.
Pihak penganjur berharap para peserta kem dapat mengaplikasikan setiap input yang diperolehi sepanjang kem dalam kehidupan mereka.
Pihak penganjur merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Rokiah bt Hassan (GPK 1) kerana sudi merasmikan penutupan kem seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta.
Penganjur juga berharap kerjasama dari semua guru diteruskan dalam menjayakan Kem Bestari Solat siri yang akan datang.
Kem UPSR 2008 akan dijalankan pada 01 - 02 Ogos 2008 di Kem Rimba Tamu, Batang Kali. Seramai 30 orang murid sekolah ini akan menyertai kem tersebut.
Guru-guru yang mempunya kelapangan amat dialu-alukan turut serta dalam kem tersebut.
Satu Kursus Dalaman bertajuk Komputer dalam P & P telah dilaksanakan pada 14 Julai 2008. Puan Fazliana dan Us Mohd Bakhtiar diberi tanggungjawab untuk menyampaikan dan mengendalikan kursus dalaman tersebut.
Antara tajuk-tajuk yang telah disampaikan ialah Penjagaan Komputer, Penggunaan LCD Projektor di Kelas-Kelas dan HotPotatoes. Tajuk Membina Blog Untuk P & P tidak dapat disampaikan kerana kesuntukan masa.
Para peserta mengambil bahagian secara aktif dan berkemungkinan besar kursus lanjutan akan dijalankan terutama bagi tajuk HotPotatoes dan Pembinaan Blog.
Perkembangan Staf akan dijalankan seperti berikut :
1. Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Alam
Tarikh : 07 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Encik Mohd Yusmawi bin Zainal
2. Head Count
Tarikh : 10 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Puan Juhana bt Mahat
3. Kajian Tindakan
Tarikh : 14 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Puan Juhana bt Mahat
4. Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tarikh : 17 Julai 2008
Masa : 2.00 Petang - 5.15 Petang
Penceramah : Puan Fazliana / Puan Juhana / Us Mohd Bakhtiar
Kursus Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Alam telah diadakan pada 07 Julai 08 jam dari jam 2.oo hingga 5.15 petang. Ceramah disampaikan oleh Encik Mohd Yusmawi bin Zainal. Kursus disertai oleh guru-guru dan kakitangan sekolah ini. Semua peserta mengambil bahagian secara aktif dan objektif kursus tercapai.

