PROGRAM MAJU DIRI 2011 (PMD)

Program Maju Diri di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (Orang Asli) agak berbeza dengan PMD di sekolah lain.

Tarikh : 11-13 Jan 2011
Tempat: Dewan Sekolah

Menggosok Pakaian

PROGRAM MAJU DIRI

PROGRAM MAJU DIRI
Taklimat

FOTO GURU SKTAR 2010

FOTO GURU SKTAR 2010

Jumaat, 29 April 2011

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS

Pengawas sedang bersiap sedia sebelum Majlis Bacaan Ikrar.

Isnin, 18 Oktober 2010

Sambutan Hari Kanak-Kanak juga telah disambut pada hari Jumaat 15 Oktober 2010. Pelancaran majlis telah dijalankan di tapak perhimpunan. Semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan bagi melakukan aktiviti sukaneka. Terdapat pelbagai permainan antaranya, menarik bola, menyusun tin, hiasan melalui surat khabar lama, makan buah lai dan pecah belon.

Aktiviti selepas rehat ialah pertandingan pakaian cantik dan kemas. setiap murid yang terpilih akan mendapat hadiah jam tangan tajaan Pizza Hut. Saguhati juga disediakan. Murid-murid akan dijamu dengan Pizza Hut dan sebungkus hamper.

Tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut.













Pada hari Jumaat, 15 Oktober 2010 Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak telah melancarkan Program Bulan Kebangsaan. Ia telah dirasmikan oleh Pn. Azizah bt Hassan. Murid tahun 4 telah dipilih bagi menyanyikan lagu Bulan Bahasa dengan bimbingan Pn. Hjh Jashiah bt Rabu.


Isnin, 19 April 2010

Terima Kasih YB Datuk Seri Dr Maximus

SK Tun Abdul Razak mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada

YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, JP

di atas

Penyerahan Komputer dan Aplikasi ISDP

kepada

SK Tun Abdul Razak

Selasa, 9 Februari 2010

Pelancaran Minggu Bahasa Malaysia..... Program NILAM

Pada 2 Februari 2010 telah berlangsung satu program sekolah iaitu Pelancaran Minggu Bahasa Malaysia . Ia telah dirasmikan oleh Pn. Azizah bt Hassan. Dua orang murid telah dipilih sebagai panglima bagi mengiringi datuk bendahara yang membawa watikah untuk disampaikan kepada guru besar. Ia sedikit sebanyak telah mendorong murid agar lebih berani ke hadapan.

Pusat Sumber Sekolah juga tidak ketinggalan melancarkan satu program iaitu Program NILAM. Program NILAM merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah. Setiap kelas telah menerima Bakul Nilam sebagai langkah pertama memperkenalkan buku nilam serta bahan bacaan di pusat sumber.



Kedua-dua program yang dijalankan serentak ini diharap dapat membantu murid-murid meningkatkan minat membaca. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Ahad, 7 Februari 2010

Akujanji Murid SKTAR

Bagi memenuhi tuntutan sekolah satu majlis ikrar atau akujanji telah dijalankan pada 22 Januari 2010 dengan disaksikan oleh semua warga sekolah dan wakil ibubapa iaitu En Rapi Bata Bin Abdullah. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan di mana semua murid akan berikrar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai murid dan ikrar guru sebagai akujanji akan mendidik anak-anak asli dengan sesungguh hati.

Selepas aktiviti akujanji selesai, majlis diteruskan dengan penyerahan beg dan peralatan sekolah kepada semua murid sekolah. Semoga dengan adanya program seperti ini akan memberi semangat untuk anak-anak hadir ke sekolah.

Majlis Persaraan .... Jasamu Dikenang

Pn Hjh Zaharah bt Hj Shaharun merupakan seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang dedikasi dan penyayang. Namun disebabkan masalah kesihatan, beliau telah mengambil keputusan untuk bersara awal. Bertepatan dengan itu, pihak sekolah yang amat prihatin telah mengadakan majlis persaraan ...... " Jasamu Dikenang" pada tanggal 14 Januari 2010, di dewan Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak..

Harapan kami warga sekolah agar beliau dapat beristirehat dan menggunakan masa terluang dengan sebaiknya.




Selasa, 26 Januari 2010

Pendaftaran Tahun Satu 2010

Pendaftaran murid-murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak, telah berjaya dijalankan pada tanggal 4 Januari 2010. Tahniah diucapkan kepada semua guru terutama guru-guru tahun 1 dan pihak pentadbir kerana telah menjalankan tugas dengan sempurna. Diharap kelancaran ini memberi impak positif kepada semua guru dalam meneruskan tugas bagi tahun 2010.

Tahniah.



Selasa, 8 Disember 2009

Sewang... Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SKTAR untuk terlibat secara langsung dalam Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat kebangsaan di Putra Perdana pada 7 November 2009. SKTAR diberi kepercayaan untuk mempersembahkan tarian sewang selamat datang pada program tersebut.

Tahniah SKTAR.





Lawatan ke Tanah Tinggi Cameron

Lawatan sambil belajar ke Tanah Tinggi Cameron melibatkan pentadbir, guru-guru, murid-murid, pekerja sekolah dan ibu bapa murid (KEDAP) telah berjalan pada 31 Oktober 2009. Program ini dirangka dengan tujuan untuk merapatkan hubungan sesama komuniti SKTAR di samping sedikit sebanyak menimba ilmu sepanjang lawatan tersebut.

Lawatan ke kawasan-kawasan pertanian mendedahkan kepada peserta program kaedah pertanian moden dan komersial.

Program seperti ini diharap dapat terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang untuk memberi pendedahan terutama kepada murid dan ibu bapa cara kehidupan yang lebih moden.




RIMUP ..... Sukaneka dan Sambutan Hari Raya

Semangat 1Malaysia telah dibuktikan dengan adanya program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). SKTAR bersama SK Kuala Kubu Bharu Satu tidak ketinggalan untuk menterjemahkan aspirasi nasional ini dengan mengadakan acara sukaneka dan jamuan hari raya bersama pada 02 Oktober 2009.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memb
uka minda anak-anak kita bahawa mereka sentiasa perlu berhubung dengan dunia luar demi meningkatkan keyakinan dan kemajuan diri demi masa depan yang lebih cemerlang.





Rabu, 18 November 2009

Lawatan Penanda Aras IAB

Pihak institut Aminuddin Baki terdiri dari pensyarah dan peserta kursus (pentadbir sekolah) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SKTAR pada 12 Ogos 2009. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar tukar pendapat di samping mengutip sedikit ilmu dari sekolah ini dan di bawa pulang oleh peserta kursus untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing.








Selasa, 17 November 2009

Lawatan IPGM Bahasa-Bahasa Antara Bangsa

Satu rombongan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Cawangan Bahasa-Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai terdiri dari para pensyarah telah membuat lawatan ke sekolah ini pada 18 Ogos yang lepas. Lawatan bertujuan menimba dan mempertingkatkan ilmu di samping bertukar-tukar pendapat antara sekolah dan pihak institusi . Lawatan seperti ini sangat baik bagi mempertingkatkan tahap profesionalisme guru-guru di sekolah ini.




Jom Tingkatkan Prestasi

Pada 27 Julai lepas, murid-murid dari tahun enam dibawa 'makan-makan' di KFC batang Kali sebagai penghargaan kepada mereka setelah berusaha keras dengan belajar bersungguh-sungguh sepanjang tahun ini. Mudah-mudahan usaha gigih mereka dan para guru akan membuahkan hasil dengan pencapaian cemerlang dalam UPSR 2009. Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru sekolah ini yang tidak mengenal putus asa dan jemu dalam mendidik anak-anak sekolah ini.






Kem 1Malaysia

Sepuluh orang murid sekolah ini telah terpilih untuk menyertai Kem 1Malaysia di Kuala Selangor selama 4 hari pada Julai lepas. Sepanjang kem ini murid dari pelbagai kaum diperkenalkan kepada kepelbagaian budaya hidup masyarakat Malaysia, Murid juga diperkenalkan dengan makanan tradisi masyarakat Malaysia di samping diberi peluang untuk memasak masakan tradisi tersebut.